Membuat Kad Ucapan Hari Guru 2018 & Advokasi KDB

17 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini terdiri daripada 7 orang peserta. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI1M Machan. Kelas yang dihadiri oleh 7 orang peserta ini belajar membuat Kad Ucapan Hari Guru. Peserta telah menggunakan Youtube sebagai sumber rujukan dan para peserta telah berjaya menghasilkan kad ucapan Hari Guru masing-masing.

Kelas ini bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta supaya mengenang jasa guru serta sentiasa menghormati guru sepanjang masa. Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk Perkongsian Berlebihan. Ia bertujuan memberi kesedaran/ pendedahan kepada peserta supaya berhati-hati menggunakan media social agar tidak berkongsi maklumat secara berlebih lebihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali